Dari iPhone 6 sehingga iPhone 8 rekaan adalah lebih kurang sama. Yang membezakan hanyalah bahan binaan. Kemudian, iPhone X sehingga iPhone XS juga hampir sama. Di mana iPhone XR mempunyai rekaan bingkai tebal dan antena-antena setiap iPhone diubah posisi. Bila kita akan lihat rekaan iPhone yang lain daripada yang lain?
Ming-Chi Kuo, iaitu penganalisa produk Apple yang agak terkenal – di mana kebiasaannya ramalan beliau pasti tepat. Menurut beliau, iPhone 11 kelak mungkin akan hadir dengan panel belakang seakan Google Pixel 3, iaitu penggunaan kaca kabut (frosted glass). Pada Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL, Google menggunakan satu panel kaca yang sama – tetapi kemasan yang berbeza. Di bahagian atas, panel kacanya mempunyai kemasan yang berkilat dan magnet kepada kotoran cap jari. Kemudian, di bahagian bawah adalah kaca kemasan pusam atau seolah menggunakan kaca kabut.
Tidak pasti jika Apple akan hadir dengan panel belakang gabungan kaca kabut dan kaca biasa seperti Google Pixel 3 atau keseluruhannya kaca kabut. Ini hanyalah ramalan awal sahaja. Kemudian, jika Apple gunakan panel ini – rekaan iPhone 11 pasti masih sama seakan iPhone XS/XR cuma bahan binaan sahaja lain.