Pada Disember lalu, telefon pintar HONOR View20 telah dilancarkan di pasaran global dan sudah pun memasuki pasaran Malaysia pada Januari lepas. Ia merupakan sebuah peranti mercu yang dijual pada harga yang sangat berpatutan dan sesuai dengan spesifikasinya yang berkuasa tinggi.
Telefon pintar ini membawakan spesifikasi yang cukup baik seperti peranti peranti mercu yang lain. Terutama sekali pada bahagian keupayaan kameranya. Tetapi, kita akan mulakan dahulu dari segi rekaan HONOR View20 yang dilihat sangat menarik dan mengikuti peredaran masa yang semakin canggih dan kreatif ini.
Telefon pintar ini membawakan rekaan posisi kamera hadapan yang sedikit berlainan dengan peranti peranti lain yang baru dilancarkan. HONOR View20 ini dibina dengan rekaan berlubang pada bahagian sisi kiri atas skrin. Rekaan ini walaupun sedikit unik, tetapi ia masih tidak mengganggu antaramuka dan paparan elemen elemen lain pada telefon pintar ini. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi dengan panel IPS LCD bersama skrin sebesar 6.4 inci Full HD+ dan membawakan nisbah skrin ke badan sehingga 85%.
HONOR View20 ini direka dengan binaan berasaskan kaca pada bahagian belakangnya serta dapat membuat pantulan seakan huruf “V” apabila berada dibawah cahaya. Kerangka belakangnya juga telah menempatkan fungsi pengimbas cap jari, dan kamera utama untuk HONOR View20 ini.
Selain rekaanya yang mengikuti trend terkini, telefon pintar ini juga hadir dengan sokongan kamera yang cukup baik dimana ia merupakan sebuah telefon pintar dengan sokongan sensor 48MP SONY IMX586 untuk kamera utamanya. Dengan sensor kamera utama sebesar ini, HONOR telah memperkenalkan fungsi khas untuknya, dikenali sebagai 48MP AI Ultra Clarity.
Ia berfungsi untuk menggabungkan beberapa frame gambar yang diambil menggunakan mod ini, dan cip Kirin 980 bersama dwi ISP akan membantu untuk menggabungkan elemen elemen yang baik bagi menghasilkan satu gambar beresolusi 48MP yang bukan sahaja sekadar cantik, tetapi juga jelas dan terperinci walaupun objek di dalam gambar adalah sangat kecil atau jauh daripada lokasi penggambaran yang diambil.
Cip Kirin 980 yang dijana oleh telefon pintar ini sangat membantu anda untuk menghasilkan gambar yang baik kerana ia dilengkapi dengan proses pembelajaran AI yang mana ia akan mengenal pasti kualiti sesuatu gambar, terutamanya apabila anda mengambil gambar dalam suasana yang gelap dan kabur. Jadi, dengan janaan cip Kirin 980 ini ia membantu anda untuk menghasilkan gambar yang lebih terperinci dan jelas hasil daripada pembelajaran AI ini.
Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda ingin mengambil gambar untuk objek yang jauh daripada anda. Hal ini adalah kerana, kamera HONOR View20 ini telah dibina dengan Mod AI Ultra Clarity. Mod ini akan bekerjasama dengan sensor 48MP untuk menghasilkan gambar yang sangat terperinci dan jelas walaupun objek di dalam gambar terlalu kecil atau berada jauh daripada lokasi penggambaran, begitu juga dengan persekitaran yang kurang atau terlebih cahaya.
Mod AI Ultra Clarity ini akan diaktifkan secara automatik apabila anda memilih resolusi 48MP pada bahagian tetapan kamera. Untuk menggunakan mod ini, anda perlu mengaktifkan fungsi kamera, pilih “photo” dan klik pada bahagian ikon tetapan di bahagian atas penjuru kanan, dan pilih resolusi 48MP.
Kamera utama HONOR View20 ini juga dilengkapi dengan teknologi kamera ToF 3D di mana teknologi ini mampu memancarkan cahaya inframerah untuk mengukur jarak antara sesuatu subjek dan telefon pintar anda. Fungsi ini akan mengenal pasti maklumat sesuatu objek di dalam gambar untuk menghasilkan penggambaran dalam bentuk gambar atau video yang lebih cantik dan jelas.
Sekiranya anda seorang pemain permua, fungsi kamera 3D ini juga boleh digunakan sebagai Motion Controlled Gaming. Fungsi ini dilihat dapat membantu prestasi permainan anda untuk menjadi lebih lancar dan mendapatkan pengalaman permainan yang lebih mendalam. Dengan adanya fungsi ini, ia membolehkan anda untuk menjadikan HONOR View20 sebagai konsol permua. Antara permua yang menerima sokongan untuk telefon pintar ini adalah Fancy Skiing, Fancy Darts, dan banyak lagi.
Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu memuat turun permua ke Huawei App Gallery atau Google Play Store, dan kemudian sambungkan HONOR View20 ke televisyen anda menggunakan dermaga dan sambungan wayar HDMI untuk mula bermain permua. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai dermaga, anda boleh menggunakan wayar sambungan USB-C ke HDMI. Tetapi, penggunaan dermaga daripada HONOR adalah sangat digalakkan kerana ia mampu untuk membuat sambungan berkelajuan tinggi sekaligus dapat melancarkan permainan anda.
Kamera 3D untuk HONOR View20 ini juga mampu membuat pegecaman dan mengasingkan subjek di dalam gambar dan latar belakang gambar dengan baik. Lensa 3D yang terbina di dalamnya memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gambar yang baik dan subjek di dalam gambar lebih menonjol.
Dengan fungsi ini juga, anda boleh melaraskan sesuatu gambar mengikut kehendak anda agar menjadi lebih cantik dan sesuai dengan apa yang anda inginkan. Untuk membuat pelarasan ini, anda hanya perlu memilih fungsi “Portrait” atau “Video” dan pilih ikon Beauty atau Shaping di antaramuka kamera HONOR View20.
Kamera hadapan untuk HONOR View20 ini juga hadir dengan sensor 25MP dimana ia mampu membuat bukaan aperture f/2.0 sebesar 27mm. Fungsi Portrait Mode untuk kamera hadapan ini juga membolehkan anda menghasilkan kesan kabur untuk latar belakang sekaligus dapat menonjolkan subjek utama di dalam gambar.
Penutup
Selain prestasi kameranya yang baik, HONOR View20 ini juga hadir dengan spesifikasinya yang tinggi dan setanding dengan prestasi peranti peranti mercu yang lain. Telefon pintar ini dijana dengan cip pemprosesan Kirin 980. Kapasiti bateri yang ditawarkan untuk telefon pintar ini pula adalah sebesar 4000mAh. Jadi, dengan binaan yang berasaskan 7nm ini, penggunaan tenaga bateri untuk telefon pintar ini boleh dijimatkan dengan baik.
Di Malaysia, telefon pintar HONOR View20 ini dijual pada harga bermula RM1999 untuk model 6GB RAM bersama 128GB dan hanya ditawarkan dengan pilihan warna biru Sapphire dan hitam sahaja. Manakala untuk model 8GB RAM bersama 256GB storan, telefon pintar ini hanya ditawarkan dengan pilihan warna biru Phantom dan dijual pada harga RM2499.
Penafian: Advertorial Dari HONOR