Cari @ Amanz

Baidu adalah ‘Google’ di China. Mereka mempunyai sistem kecerdasan buatan tersendiri, enjin carian, sistem operasi, perkhidmatan storan awan dan banyak lagi. Terkini, mereka telah hadir dengan tempat perlindungan kucing jalanan yang lain daripada yang lain.

Tempat perlindungan kucing jalanan ini mempunyai kecerdasan buatan terbina. Selain daripada itu, ia turut mempunyai sistem imbasan wajah khas untuk mengenalpasti kucing jalanan. Sistem imbasan wajah ini akan memastikan hanya kucing sahaja yang boleh memasuki tempat perlindungan ini. Menarik sekali, ia turut mempunyai sistem yang boleh mengenalpasti jika kucing itu mempunyai penyakit atau tidak. Jika penyakit dikesan, ia akan menghantar notifikasi kepada wakil organisasi untuk merawat kucing berkenaan.

Sistem mengesan pasir kucing juga turut dibina, bagi memudahkan wakil tukar pasir kucing jika sudah kotor. Dalam tem[at perlindungan ini turut mempunyai kipas untuk memberi udara segar dan ia turut boleh dikawal dengan telefon pintar.

Untuk memberi keselesaan kepada kucing-kucing jalanan, tempat perlindungan ini turut mempunyai makanan dan minuman tersedia, ruang yang yang selesa untuk tidur dan juga mainan. Jika kehabisan makanan dan minuman ini turut akan dihantar secara kerap. Tempat perlindungan kucing ini dihasilkan oleh Wan Xi, iaitu pekerja Baidu selepas menemui kucing jalanan yang berteduh di bawah kereta beliau.

Dengan populasi kucing yang banyak di China, sehinggakan 4/10 kucing sahaja hidup pada musim sejuk – tempat perlindungan seperti ini, pasti akan membantu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd