Visa Kini Menawarkan Perkhidmatan Pekerja Rencam Untuk Memudahkan Tempahan Pelbagai Perkara

Visa Kini Menawarkan Perkhidmatan Pekerja Rencam Untuk Memudahkan Tempahan Pelbagai Perkara

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Visa selaku peneraju industri pembayaran secara atas-talian kini telah mengumumkan pelancaran aplikasi mereka iaitu ‘petugas pintar’ pertama di Malaysia. Melalui aplikasi ini ia membolehkan para pemegang kad Visa menggunakan pelbagai perkhidmatan dengan hanya satu klik sahaja pada peranti pintar mereka.

Visa Rencam Pintar

Aplikasi petugas pintar Visa ini menawarkan saluran langsung bagi pengguna yang khususnya berpendapatan tinggi untuk mengaturkan perkhidmatan seperti penempahan hotel, penerbangan dan restoran, pembelian tiket acara atau persoalan lain. Bagi menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mendial nombor telefon atau menghantar emel kepada penyedia perkhidmatan petugas untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Penawaran ini sekaligus menawarkan perkhidmatan pekerja rencam untuk para pengguna Visa.

Idea aplikasi ini tercetus berikutan daripada maklum balas pengguna yang menginginkan kemudahan transaksi atas-talian yang lebih pintar pada kehidupan mereka. Perihal ini menunjukkan sebanyak 41% permintaan transaksi atas talian terhadap perlancongan dan perjalanan. Manakala, 21% permintaan pada kemudahan transaksi ke atas makanan.

Ng Kong Boon – Pengurus Negara Visa Malaysia turut menyatakan dengan adanya aplikasi yang berdasarkan permintaan dalam pasaran, perkara ini akan membiasakan pengguna Malaysia untuk membuat tempahan barang atau perkhidmatan di mana sahaja tanpa sebarang masalah.

Menerusi aplikasi yang sama, turut disertakan ciri perkhidmatan pelanggan, di mana ia membolehkan pengguna untuk kekal berhubung dengan wakil khidmat pelanggan secara langsung bagi sebarang pertanyaan tertentu.


TIPS & ULASAN