Cari @ Amanz

Oppo akan memperlihatkan beberapa teknologi baharu di acara MWC Barcelona minggu hadapan. Sebelum ini imej acah sistem kamera dengan kemampuan zoom 10X nirhilang diperlihatkan menerusi akaun media sosial rasmi mereka. Hari ini sebuah video pula telah dikongsi menunjukkan kemampuan kamera yang menakjubkan ini.

Video menunjukkan aplikasi kamera sebuah peranti Oppo melakukan zoom pada gereja Sagrada Familia yang terletak di Barcelona. Zoom dilakukan secara perlahan-lahan hinggalah mencapai tahap 10X. Apa yang diketahui setakat ini ialah zoom nirhilang 10X ini menggunakan sistem seakan persikop dan adalah penambahbaikan dari zoom nirhilang 5X yang mereka perlihatkan duaa tahun yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd