Carian
Iklan Samsung Galaxy S10 Tertiris – Memperlihatkan Sejumlah Fungsi Yang Akan Disertakan
February 19, 2019 Aman

Samsung bakal melancarkan Galaxy S10 secara rasminya dalam sekitar dua hari lagi. Menariknya, kini iklan video untuk telefon pintar berkenaan tertiris, memperlihatkan ciri-ciri dan fungsi yang akan disertakan bersama dengannya.

Iklan video ini dikatakan ditayangkan melalui televisyen di Norway secara tidak sengaja. Daripada apa yang dipertontonkan, Galaxy S10 membawakan sokongan pengimbas cap jari ultrasonik, tri-kamera belakang, dan sokongan pengecasan berbalik.

https://www.youtube.com/watch?v=gqDFns5_3aw

Samsung bakal melancarkan telefon pintar mereka secara rasminya pada 21 Februari, dimana kita akan melihat lanjut mengenai ciri-ciri baru ini, serta penawaran Galaxy S10 untuk 2019 ini.

Komen