Instagram Akan Memperkenalkan Butang Derma Bagi Mengumpul Dana

Instagram Akan Memperkenalkan Butang Derma Bagi Mengumpul Dana

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Saban hari apabila membuka aplikasi Instagram kami akan dapat melihat kandungan tular meminta bantuan kewangan untuk rumah anak yatim, OKU, pembedahan di hospital dan pelarian di bumi ambiya. Maklumat kemana sumbangan boleh dilakukan akan dipaparkan dalam bentuk teks. Ini memerlukan pengguna pergi ke laman lain untuk melakukan sumbangan dan proses ini mungkin sedikit menyukarkan.

Instagram akan akhirnya membawakan fungsi butang derma bagi memudahkan proses mengumpul dana. Kewujudan fungsi ini ditemui oleh Jane Manchun di dalam bentuk pelekat Instagram Stories. Beliau kerap kali menemui fungsi terbaru sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Pihak Instagram telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan fungsi ini akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini. Ia akan terbuka kepada badan NGO dan kebajikan.

Sebelum ini fungsi butang derma telah diperkenalkan di Facebook. Memandangkan Instagram adalah di bawah payung mereka, tidak mengejutkan fungsi yang sama akan akhirnya dibawa ke platform lain milik mereka.


TIPS & ULASAN