Evolusi Peranti : Dari Samsung Galaxy S ke Galaxy S9

Evolusi Peranti : Dari Samsung Galaxy S ke Galaxy S9

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Selamat datang ke Evolusi Peranti, siri artikel yang yang akan mengesan permulaan dan evolusi peranti-peranti terkemuka dunia. Hari ini kami akan menulis mengenai peranti-peranti di dalam keluarga Samsung Galaxy S. Tidak melampau jika kami mengatakan Samsung Galaxy S ialah keluarga peranti Android yang paling terkenal dan paling popular di pasaran.

Sejak dilancarkan sedekad yang lalu, jualan peranti pintar di dalam keluarga ini melangkaui 200 juta unit. Kepopularannya membantu Samsung menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia mengikut angka terkini IDC. Dengan pelancaran Galaxy S10 yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, mari kita lihat evolusi peranti ini dari Galaxy S hingga Galaxy S9.


Samsung Galaxy S

Samsung Galaxy S
Pemproses 1 GHz Hummingbird
RAM 394 MB
Muatan Dalaman 8/16 Gigabyte
Kamera Utama 5 MP
Kamera Depan 0.3 MP
Skrin 4″ SAMOLED 480P
Bateri 1500 mAh
SIM/Telefoni Mini SIM/3G

Evo-Galaxy-S1


Samsung Galaxy S ialah peranti yang memulakan segalanya. Ia diumumkan pada Mac 2010 dan mungkin ramai tidak tahu ia pertama kali dijual pada 4 Jun 2010 di Singapura.

Ia menggunakan sistem operasi Android 2.1 Eclair dan kemas kini rasmi terakhir diterima adalah Android 2.3 Gingerbread. Sungguhpun begitu sokongan sehingga Android 4.4 dilakukan oleh komuniti kustomasi seperti CyanogenMod. Sehingga 2013 sebanyak 25 juta Galaxy S berjaya dijual. Peranti ini adalah satu-satunya di dalam keluarga Galaxy S yang mempunyai port pengecas di bahagian atas.

FUNGSI BAHARU

Menyokong sambungan paparan kepada televisyen melalui jack fon kepala.


Samsung Galaxy S2

Samsung Galaxy S2
Pemproses 1.2 GHz Dua Teras Exynos 4210
RAM 1 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32 Gigabyte
Kamera Utama 8 MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 4.3″ SAMOLED 480P
Bateri 1650 mAh
SIM/Telefoni Mini SIM/3G

Evo-Galaxy-S2


Bagi Nokia, Nokia 3310 ialah peranti yang mencapai tahap legenda di kalangan pengguna. Bagi Samsung kami merasakan Samsung Galaxy S2 ialah peranti yang mempunyai status yang sama. Peranti ini menjadi alternatif terbaik kepada iPhone yang pada tahun 2011 dianggap terlalu mahal untuk dimiliki oleh majoriti pengguna. Bagi kebanyakan pengguna, Galaxy S2 juga merupakan peranti pintar pertama mereka.

Sistem operasi yang digunakan semasa dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun 2011 ialah Android 2.3 Gingerbread. Kemas kini rasmi dari Samsung diteruskan hanya sehingga Android 4.1.2 Jelly Bean.

Sehingga 2014, sebanyak 40.2 juta Samsung Galax S2 berjaya dijual. Semasa memasuki pasaran Malaysia peranti ini dijual pada harga RM 2099.

FUNGSI BAHARU
  • Fungsi Zoom In/Out menggunakan Giroskop.
  • Fungsi kawalan suara Voice Talk. Ia adalah versi awal kepada S Voice.
  • MHL.
  • USB OTG.

Samsung Galaxy S3

Samsung Galaxy S3
Pemproses 1.4 GHz Empat Teras
Exynos 4412
RAM 1 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32/64 Gigabyte
Kamera Utama 8 MP
Kamera Depan 1.9 MP
Skrin 4.8″ SAMOLED 720P
Bateri 2100 mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/3G

Evo-Galaxy-S3


Dengan Galaxy S3, Samsung mengubah rekaan berkotak menjadi lebih bulat. Inspirasi rekaan diambil dari rupa batuan sungai yang licin tetapi selesa dipegang.

Dengan model ini Samsung memperkenalkan pelbagai fungsi baru yang pada ketika itu tidak terdapat pada peranti Android lain sekaligus membutakan S3 peranti yang menarik untuk dimiliki. Peranti ini juga berjaya menerima pelbagai anugerah peranti pintar terbaik di dunia kerana inovasi pada perisian.

Ia dilancarkan dengan Android 4.1 Ice Cream Sandwich dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 4.3 Jelly Bean. Sehingga 2013 sebanyak 50 juta Samung Galaxy S3 berjaya dijual. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2199.

 FUNGSI BAHARU
  • Smart Stay.
  • Pop Up Play.
  • Kawalan peranti menggunakan gerakan tangan.
  • S Voice.
  • NFC.


Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S4
Pemproses 1.6 GHz Lapan Teras
Exynos 5410
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 16/32/64 Gigabyte
Kamera Utama 13 MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 5″ SAMOLED 1080P
Bateri 2600 mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/3G

Evo-Galaxy-S4


Galaxy S4 mengekalkan ciri rekaan bulat berasaskan alam semula jadi S3. Kali ini skrin dibesarkan kepada 5″ SAMOLED HD Penuh. Mula memasuki pasaran Malaysia pada April 2013.

Peranti pertama mempunyai fungsi S Healh serta kawalan Air Gesture serta Air View.

Ia dilancarkan dengan Android 4.2.2 Jelly Bean dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 5.0 Lollipop. Peranti ini terjual sebanyak 20 juta unit dalam masa dua bulan dan sudah terjual lebih daripada 40 juta unit. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2199, sama seperti GalaxyS3.

FUNGSI BARU
  • Skrin HD Penuh.
  • Kamera – Dual Shot, Sound & Shot
  • S Health.
  • Group Play.
  • Air View & Air Gesture.

Samsung Galaxy S5

Samsung GalaxyS5
Pemproses 2.5 GHz Snapdragon 801
RAM 2 Gigabyte
Muatan Dalaman 8/16Gigabyte
Kamera Utama 16 MP
Kamera Depan 2 MP
Skrin 5.1″ SAMOLED 1080P
Bateri 2800 mAh
SIM/Telefoni Mikro SIM/4G

Evo-Galaxy-S5


Galaxy S5 melakukan perubahan drastik dari segi rekaan. Ianya kini mempunyai fungsi kalis air dan debu IP 67 . Diperkenalkan pada Februari 2014, dua perkara yang diperkenalkan ialah pengesan cap jari pada butang hadapan dan pengesan nadi pada panel belakang. Pembaharuan dari segi fungsi perisian tidak dilakukan pada S5 sebaliknya perubahan dari segi rekaan fizikal diutamakan.

Ia dilancarkan dengan Android 4.4.2 Kit Kat dan kemas kini rasmi disokong sehingga Android 5.0 Lollipop. Peranti ini terjual sebanyak 14 juta unit dalam masa tiga bulan pertama. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2399, peningkatan sebanyak RM200 berbanding versi sebelum ini.

FUNGSI BAHARU
  • Imbasan Cap Jari.
  • Pengesan Nadi.
  • Kamera – 4K dan Selective Focus.
  • Kalis air dan debu IP 67.
  • Satu-satunya peranti Galaxy S dengan port pengecasan mikroUSB 3.0.

Samsung Galaxy S6/S6 Edge

Samsung Galaxy S6/S6 Edge
Pemproses 2.1 GHz Lapan Teras
Exynos 7420
RAM 3 Gigabyte
Muatan Dalaman 32/64/128 Gigabyte
Kamera Utama 16 MP OIS f/1.9
Kamera Depan 5 MP f/1.9
Skrin 5.1 ” SAMOLED QHD
Bateri 2550 mAh
SIM/Telefoni Nano SIM/4G

Galaxy S6 dan S6 adalah dua peranti yang baru diperkenalkan Februari 2015. Kemampuan kalis air dan debu tidak lagi disokong sebaliknya dua peranti ini menumpukan perhatian kepada rekaan logam dan kaca yang lebih premium. Sokongan kad MikroSD dan bateri yang boleh ditanggalkan juga dihentikan.

Kamera utama masih lagi 16 Megapixel dan kamera hadapan meningkat kepada 5 Megapixel. Kedua-dua kamera dilengkapi lensa F 1.9 bagi memberikan prestasi mengambil gambar yang baik dalam keadaan gelap. Di samping itu kamera utama kini mempunyai fungsi Active Focus Tracking.

Perubahan drastik juga dilakukan kepada fungsi dan antaramuka TouchWiz. Kebanyakan fungsi yang diperkenalkan Samsung sejak Galaxy S2 tidak lagi akan disertakan. TouchWiz baru kini mementingkan kelancaran dan kepantasan berbanding kepelbagaian fungsi. Galaxy S6 dan S6 kedua-duanya menggunakan Android 5.0.2 ketika dilancarkan dan masih menanti kemas kini Marshmallow. Harga jualan peranti di Malaysia pula adalah RM 2599 untuk S6 dan RM 3099 untuk S6 Edge.

FUNGSI BARU
  • Skrin QHD.
  • Rekaan gabungan logam dan kaca premium.
  • Kamera – Active Focus Tracking.
  • TouchWiz baru yang lebih ringan.
  • Tiada sokongan MikroSD.
  • Bateri tidak boleh ditanggalkan.
  • Dwi skrin sisi pada S6 Edge.


Samsung Galaxy S7/S7 Edge

Samsung Galaxy S7 Edge
Pemproses 2.6 x 4 + 1.59 x 4 GHz
Exynos 8890 Lapan Teras
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte
Kamera Utama 12 MP OIS f/1.7
Kamera Depan 5 MP f/1.7
Skrin 5.5 ” SAMOLED QHD
Bateri 3600 mAh
SIM/Telefoni Dwi Nano SIM/4G

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge dilancarkan bulan lalu dan menambah baik rekaan yang diperlihatkan pada S6 dan S6 Edge. Di Malaysia hanya S7 Edge dibawa masuk. Peranti ini mengembalikan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD dan kini kalis air dengan ketahanan IP 68.

Kamera utama kini hanya 12 Megapixel dan kamera hadapan dikekalkan kepada 5 Megapixel. Kamera utama menggunakan sensor Duo-Pixel yang mempercepatkan proses pemfokusan. Lensa juga ditambah baik kepada f/1.7 bagi memberikan kemampuan mengambil gambar di dalam keadaan pencahayaan rendah yang terbaik di dalam kelasnya.

Penambahan fungsi pada Edge Screen mengembalikan semula fungsi yang dilihat pada Galaxy Note Edge. Pengguna boleh meletakkan kalendar, pembaris, kompas, berita, singkatan kepada lima individu paling penting dan melihat ramalan kaji cuaca dari skrin Edge Screen. Skrin S7 Edge juga boleh diaktifkan sepanjang waktu menerusi fungsi Always On bagi memaparkan waktu ataupun kalendar. Ia menggunakan sistem operasi Android Marshmallow dengan pelancar TouchWiz. Harga jualan di Malaysia ialah RM3099.

FUNGSI BAHARU
  • Skrin QHD dengan fungsi Always On.
  • Panel belakang juga dwi lengkung seperti skrin hadapan.
  • Kamera – Duo-Pixel mempercepatkan pemfokusan.
  • Kamera – Lensa f/1.7 pada kedua-dua kamera.
  • Sokongan MikroSD dikembalikan.
  • Kalis air IP68.

Samsung Galaxy S8/S8+

Samsung Galaxy S8 dan S8+
Pemproses 2.3 x 4 + 1.7 x 4 GHz
Exynos 8895 Lapan Teras
RAM 4 Gigabyte
Muatan Dalaman 32 Gigabyte
Kamera Utama 12 MP OIS f/1.7
Kamera Depan 8 MP f/1.7
Skrin 5.8/6.2″  SAMOLED QHD+
Bateri 3000/3500 mAh
SIM/Telefoni Dwi Nano SIM/4G

Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus dilancarkan dengan rekaan skrin Infinity Display. Ini menjadikannya dua peranti pertama dalam keluarga Galaxy S yang tidak lagi dilengkapi butang home dan navigasi fizikal pada bahagian dagu. Tambahan lagi rekaan dagu dan dahi peranti juga menjadi nipis bagi mendapatkan rekaan hampir semua skrin.

Ini menjadikannya perubahan rekaan yang ketara sejak S5 ke S6 dua tahun sebelumnya. Dengan skrin 6.2″ pada S8+, saiz skrin peranti ini akhirnya melangkaui siri Galaxy Note yang selama ini memegang segmen phablet untuk Samsung.

Kamera utama kini masih lagi 12 Megapixel f/1.7 dan kamera hadapan pula meningkat ke 8 Megapixel f/1.7. Ia hadir dengan pembantu maya Bixby lengkap dengan butang khusus untuk melancarkannya.

Ia menggunakan sistem operasi Android Nougat dengan pelancar Samsung Experience. Galaxy S8 ditawarkan pada harga RM3299 di Malaysia, sementara Galaxy S8+ pula ditawarkan pada harga RM3699 pada 4 Mei 2017.

FUNGSI BAHARU
  • Skrin Infinity Display QHD+
  • Skrin yang lebih besar berbanding Galaxy Note pada S9+.
  • Pembantu maya Bixby lengkap dengan butang khusus pada sisi kiri.

Samsung Galaxy S9/S9+

Samsung Galaxy S9 dan S9+
Pemproses 2.9 x 4 + 1.9 x 4 GHz
Exynos 9810 Lapan Teras
RAM ~6 Gigabyte
Muatan Dalaman ~256 Gigabyte
Kamera Utama 12 MP OIS f/2.4 + f/1.5
Kamera Depan 8 MP
Skrin 5.8/6.2″ SAMOLED QHD+
Bateri 3000/3500 mAh
SIM/Telefoni Dwi Nano SIM/4G

Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus meneruskan penggunaan skrin Infinity Display, tetapi dengan rekaan lebih nirbingkai berbanding generasi sebelumnya. Melalui pengenalan telefon ini juga, Samsung dilihat mula menggunakan rekaan yang lebih kurang sama untuk dua generasi berturutan. Namun, mereka tetap menawarkan sejumlah pengoptimasian dan perkara baru melaluinya.

Samsung Galaxy S9 Plus menjadi telefon pintar pertama di bawah siri Galaxy S yang dilengkapi dwi-kamera. Selain daripada itu, Samsung juga menerima komen orang ramai, dan mengalihkan kedudukan pengimbas cap jari ke bahagian bawah kamera supaya ia tidak mengganggu kamera.

Pada bahagian kamera, Samsung menyertakan sokongan bukaan boleh-laras, sekaligus membolehkan hasil rakaman kekal cantik pada pelbagai keadaan cahaya berbeza – sama ada cerah atau gelap. Di samping itu, telefon pintar ini turut menyertakan sokongan rakaman gerak-perlahan 960fps, sekaligus menjadikan setiap rakaman lebih dramatik berbanding kebiasaan.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan AR Emoji yang ditujukan kepada para remaja – membolehkan mereka menghasilkan emoji GIF berasaskan wajah mereka untuk dikongsikan melalui pelbagai aplikasi permesejan dan sebagainya.

Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9 Plus dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac, dan ditawarkan pada harga RM3299 untuk Galaxy S9, dan RM3799 untuk Galaxy S9+.

FUNGSI BAHARU
  • Dwi-Kamera Belakang.
  • Sokongan skrin HDR.
  • Kamera dengan bukaan boleh-laras.
  • AR Emoji untuk mengubah rakaman wajah menjadi emoji beranimasi
  • Rakaman video gerak-perlahan 960fps.
  • Audio dengan sokongan pengoptimasian AKG.

Kesimpulan

Sejak diperkenalkan sepuluh tahun yang lalu, siri Samsung Galaxy S telah melalui pelbagai perubahan. Daripada rekaan biasa dan penggunaan butang “Home” fizikal, kini ia telah beralih kepada penggunaan skrin Infinity Display, selain penyertaan kawalan berasaskan gesture pada telefon pintar mereka. Sokongan kamera juga terus bertambah baik dari satu versi ke versi yang baru. Menarik sekali juga, Samsung turut mendengar pelbagai input pengguna, dan mengekalkan ciri yang diminati ramai – sebagai contoh, sokongan bicu audio 3.5mm.

Pada minggu ini, Samsung turut akan melancarkan telefon mercu terbaru di bawah siri Galaxy S, iaitu Samsung Galaxy S10. Apakah evolusi seterusnya yang bakal dibawakan Samsung? Adakah kita akan melihat sokongan pengecasan nirwayar lebih pantas? Sama-sama kita nantikan 21 Februari 2019 ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung untuk pengguna seluruh dunia, sekaligus terus menerajui arena telefon pintar global.


TIPS & ULASAN