Telefon Boleh-Lipat Daripada Samsung Mungkin Dikenali Dengan Nama Galaxy Fold

Telefon Boleh-Lipat Daripada Samsung Mungkin Dikenali Dengan Nama Galaxy Fold

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Samsung bakal mengadakan acara Unpacked 2019 yang pertama mereka pada 21 Februari 2019 ini. Melaluinya, pengeluar dari Korea Selatan berkenaan dijangka memperkenalkan bukan sahaja Galaxy S10, tetapi juga telefon pintar boleh-lipat mereka.

Telefon pintar boleh-lipat ini dijangka akan menggunakan skrin bersaiz besar yang membolehkan pengguna menggunakannya seumpama sebuah tablet, dan melipat ia untuk menggunakannya sebagai sebuah telefon pintar.

Terkini, melalui perkongsian @evleaks, beliau memberikan petanda yang mana telefon pintar berkenaan daripada Samsung akan dikenali dengan nama Samsung Galaxy Fold.

Penjenamaan ini mungkin akan memudahkan lagi pengguna untuk mengetahui penawaran ciri utama yang disertakan pada telefon pintar berkenaan, selain memudahkan pengguna seluruh dunia mengenalinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 21 Februari ini untuk melihat pelancaran rasmi Samsung untuk kesemua peranti baru mereka ini.


TIPS & ULASAN