Qualcomm Mengumumkan Modem 5G Generasi Kedua, Snapdragon X55

Qualcomm Mengumumkan Modem 5G Generasi Kedua, Snapdragon X55

Diterbitkan pada Feb 19, 2019 oleh .

Qualcomm 5GPada hari ini, boleh dikatakan telefon pintar dilengkapi sokongan 5G masih belum dipasarkan secara meluas – apatah lagi sokongan syarikat telekomunikasi untuk rangkaian baru berkenaan di seluruh dunia. Namun, ia tidak menghentikan pihak Qualcomm untuk hadir dengan modem 5G terbaru mereka, iaitu modem 5G generasi kedua, Snapdragon X55.

Snapdragon X55 menawarkan sokongan untuk pelbagai gelombang frekuensi dan tidak terhad seperti X50 sebelum ini. Pada masa yang sama, modem ini menjanjikan sokongan muat-turun mencapai 7Gbps, selain muat-naik pada kadar 3Gbps. Apa pun, kelajuan akhir kepada pengguna akan bergantung kepada penawaran syarikat telekomunikasi masing-masing.

Modem baru ini juga dikatakan dioptimasikan untuk lebih efisien dalam penggunaan tenaga, selain bersaiz lebih kompak – menjadikan rekaan telefon pintar tidak tebal.

Qualcomm menyasarkan modem Snapdragon X55 ini digunakan pada peranti bermula penghujung tahun ini atau awal 2020 kelak. Ia bakal digunakan bukan sahaja pada telefon pintar dan tablet, tetapi juga pada komputer riba mudah-alih.


TIPS & ULASAN