Vivo U1 Dilancarkan – Siri U Pertama Dan Spesifikasi Sedikit Lebih Rendah Berbanding Y95

Vivo U1 Dilancarkan – Siri U Pertama Dan Spesifikasi Sedikit Lebih Rendah Berbanding Y95

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Vivo adalah pengeluar telefon pintar dari China yang terkenal dengan penawaran telefon pintar kelas pertengahan dan penggunaan mikro-USB pada hampir semua peranti mereka. Mereka mempunyai beberapa siri yang dikenali, seperti Y, V dan peranti mercu dalam siri NEX.

Terkini, Vivo hadir dengan siri baru U. Telefon pintar pertama adalah Vivo U1. Vivo U1 baru sahaja dilancarkan di China dan dijual secara rasmi sebentar tadi. Mengejutkan, secara keseluruhan tiada banyak beza spesifikasi U1 dan Y95. U1 turut dijana dengan Snapdragon 439, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB.

Dari segi rekaan, langsung tiada beza antara U1 dan Y95. Membezakan dua peranti ini adalah kamera swafoto U1 hanya 8-Megapixel, manakala Y95 20-Megapixel. Bateri juga sama, 4030mAh, kamera utama 13+2 Megapixel dan skrin 6.2-inci bertakuk kecil.

Jika Vivo Y95 dijual pada RM999 secara rasmi di Malaysia, Vivo U1 hampir separuh iaitu RMB799 – sekitar RM482 sahaja. Tetapi harga ini adalah untuk variasi 3GB/32GB dan variasi 4GB/64GB seperti Vivo Y95 dijual pada harga RMB1199 (~RM724). Tidak pasti jika Vivo U1 ini akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak, kerana Vivo seolah ingin bersaing dengan peranti kelas permulaan seperti Xiaomi dalam siri Redmi A.


TIPS & ULASAN