GlobalFoundries Bakal Dijual – Samsung Electronics Dan SK Hynix Diantara Yang Berminat

GlobalFoundries Bakal Dijual – Samsung Electronics Dan SK Hynix Diantara Yang Berminat

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

GlobalFoundries ialah salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membina cip yang digunakan sebagai blok binaan untuk pelbagai peranti dan perkakasan elektronik yang digunakan hari ini.

Syarikat tersebut merupakan pembekal semikonduktor ketiga terbesar di dunia, di belakang TSMC dan juga Samsung. Ia juga merupakan salah sebuah syarikat pembuat semikonduktor yang berada di hadapan untuk membina cip dengan teknologi sub-10nm, tetapi oleh kerana penghasilan cip yang terlalu sedikit, syarikat-syarikat seperti AMD yang hadir dengan CPU Ryzen generasi ketiga dan Radeon VII menggunakan khidmat TSMC untuk pembekalan cip-cip 7nm mereka.

Syarikat tersebut nampaknya bakal dijual oleh syarikat pelaburan Mubadala Technology, yang mempunyai pegangan sebanyak 90 peratus keatas GlobalFoundries. Ini adalah selepas GlobalFoundries dikatakan menjual aset-asetnya di Singapura.

Apa yang menarik di sini ialah terdapat dua syarikat pembekal semikonduktor daripada Korea Selatan, Samsung Electronics dan juga SK Hynix dikatakan berminat untuk membeli syarikat tersebut. Buat masa ini, ia dikatakan bahawa apa-apa pembelian masih berada di dalam tahap perbincangan, dan harga jualan masih belum ditetapkan lagi.


TIPS & ULASAN