Razer Mengurangkan 2% Tenaga Kerja – Bahagian Telefon Pintar Turut Terkesan

Razer Mengurangkan 2% Tenaga Kerja – Bahagian Telefon Pintar Turut Terkesan

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Razer pada minggu lepas telah mengumumkan akan menamatkan penawaran kedai permainan digital mereka. Langkah berkenaan dilihat hadir dalam usaha pihak Razer dalam lebih mengoptimasikan dan menyelarikan perniagaan mereka – selain tidak membazir sumber pada projek yang tidak begitu menguntungkan.

Razer Phone 2

Terkini, selain daripada penamatan penawaran kedai permainan digital mereka, Razer turut dilihat telah mengurangkan sekitar 2% tenaga kerja mereka, memberikan kesan kepada sekitar 30 orang pekerja pada syarikat berkenaan.

Razer turut mengatakan yang mana pengurangan tenaga kerja ini turut memberikan kesan kepada bahagian mudah-alih mereka, dimana beberapa staf telah dihentikan kerja, selain beberapa yang lain yang dipindahkan untuk pembangunan projek baru.

Langkah ini sekaligus membawa kepada pertanyaan sama ada Razer akan meneruskan penawaran telefon pintar mereka atau sebaliknya. Beberapa desas-desus turut mengatakan Razer Phone 3 telah dibatalkan.

Apa pun, menurut komen pihak Razer, buat masa ini mereka mengatakan masih komited dalam pembangunan projek mudah-alih, dan akan meneruskan sokongan Razer Phone 2.


TIPS & ULASAN