Cari @ Amanz

Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia terkini melalui akaun Twitter beliau mengatakan yang mana syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia perlu lebih sensitif terhadap permintaan dan keperluaan para pelanggan mereka.

Komen berkenaan hadir lanjutan daripada laporan mengatakan kesukaran seorang pengguna dalam menamatkan langganan perkhidmatan TM. Melalui laporan berkenaan, seorang pengguna mengadu dimana terpaksa membawa ayah beliau berusia 89-tahun ke TMPoint untuk nyah-langgan perkhidmatan TM. Apa yang mendukacitakan lagi adalah apabila TMPoint yang dituju tidak boleh menamatkan langganan, dan perlu ke tempat lain.

Lanjutan daripada ini, pihak Telekom Malaysia telah menghubungi pihak terbabit, dan mengatakan masalah berkenaan telah diselesaikan. Namun, TM masih tidak memberikan info lanjut mengenai kaedah alternatif untuk menamatkan sesuatu langganan.

Pada hari ini, seseorang pengguna perlu ke TMPoint untuk menamatkan langganan mereka, dan turut perlu memberikan notis 30 hari sebelum menamatkan langganan mereka. Disamping itu, pengguna yang berdaftar perlu hadir ke TMPoint untuk menamatkan langganan, dan tidak boleh dipindahkan kepada wakil seperti anak-beranak dan sebagainya.

Mungkin dengan komen daripada pihak TM ini, kita akan dapat melihat alternatif penawaran kaedah penamatan perkhidmatan oleh TM pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd