Firefox Kelak Turut Akan Hadir Dengan Sokongan Video Gambar-Dalam-Gambar

Firefox Kelak Turut Akan Hadir Dengan Sokongan Video Gambar-Dalam-Gambar

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Selain Goolge Chrome, Mozilla Firefox juga merupakan pelayar web yang popular. Walaupun tidak sehebat Chrome, ia tetap mempunyai peminat tersendiri. Saya sendiri gunakan Firefox untuk menulis artikel di Amanz.

Selepas Chrome memperkenalkan fungsi video gambar-dalam-gambar pada tahun lepas, terkini Firefox turut ingin memperkenalkan fungsi yang sama. Fungsi ini ditemui oleh BleepingComputer melalui repository Mozilla dan fungsi ini sudah pun boleh diuji melalui Firefox versi Nightly.

Seperti Chrome, jika ingin cuba fungsi yang masih dalam ujian perlu mengaktifkannya melalui chrome://flags – Firefox juga perlu aktifkan melalui tetapan khas. Untuk aktifkan, pergi ke about:config dan tetapkan media.videocontrols.picture-in-picture.enabled. Fungsi yang sudah diuji biasa akan ambil masa hanya beberapa bulan untuk hadir, jadi kita mungkin akan lihat kehadiran fungsi ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN