(Konsep) Imej Pengolokan iPhone Boleh Lipat Diperlihatkan – Berbentuk Seakan iPhone 5

(Konsep) Imej Pengolokan iPhone Boleh Lipat Diperlihatkan – Berbentuk Seakan iPhone 5

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Apple telah pun dianugerahkan dengan paten iPhone boleh lipat pada tahu lepas. Ini bermakna, Apple sudah pun berfikir dan dalam usaha membangunkan peranti yang sedemikian. Sudah pasti, Apple akan memantau peranti boleh lipat Android terlebih dahulu dan kelas selepas ia stabil – Apple akan hadir dengan peranti boleh lipat yang jauh lebih baik dari yang lain.

Terkini, daripada Lets Go Digital – imej pengolokan iPhone boleh lipat telah diperlihatkan. Imej ini adalah berdasar daripada paten yang dianugerahkan sebelum ini. Menarik sekali, sekali imbas – rekaannya sedikit mirip dengan iPhone 5 yang berbentuk kotak.

Apa yang kita boleh lihat dari imej ini adalah, engsel atau bahagian fleksibel skrin diletakkan di bahagian tengah dan ia boleh dilipat secara ke dalam atau ke luar. Agak lambat lagi untuk kita lihat Apple hadir dengan peranti boleh lipat. Ini kerana, iOS masih belum sedia dengan peranti boleh lipat seperti Android yang sudah bergerak satu langkah ke hadapan.

Sebelum ini, Apple turut dianugerahkan dengan paten Apple Watch yang skrinnya boleh gulung. Kelak di masa hadapan, pasti kita akan lihat banyak peranti boleh lipat/gulung dari Apple.


TIPS & ULASAN