CEO Huawei Berkongsi Rakaman Dari Huawei P30 Pro – Mengesahkan Penggunaan Empat-Kamera Belakang

CEO Huawei Berkongsi Rakaman Dari Huawei P30 Pro – Mengesahkan Penggunaan Empat-Kamera Belakang

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Huawei P30 ProHuawei semalam telah mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Huawei P30 secara rasminya pada penghujung Mac kelak. Selari dengannya juga, hari ini CEO Huawei dilihat telah berkongsi gambar rakaman daripada telefon pintar Huawei P30 Pro.

Melalui gambar yang dikongsikan, ia menyertakan tera air (watermark) yang memperlihatkan ia menggunakan Huawei P30 Pro, selain turut menyertakan ayat “Leica Quad Camera”. Hal ini sekaligus menandakan Huawei P30 Pro akan menyertakan empat kamera pada bahagian belakangnya.

Semalam, melalui gambar acah yang dipertontonkan juga, Huawei menandakan ia akan menyertakan sokongan zoom yang baik bersama dengannya tanpa kehilangan sebarang kejelasan pada gambar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 Mac ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang akan dibawakan oleh pihak Huawei melalui Huawei P30 Pro ini.


TIPS & ULASAN