Realme Mula Mengacah Pelancaran Realme 3

Realme Mula Mengacah Pelancaran Realme 3

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Realme merupakan sub-jenama Oppo, dan telah hadir dengan penawaran beberapa telefon pintar pada harga sangat kompetitif sebelum ini. Terkini, untuk tahun 2019 ini, ramai yang menantikan pelancaran telefon pintar terbaru Realme 3 oleh pengeluar berkenaan.

Realme 3

Melalui akaun media sosial mereka, kini Realme telah mula mengacah kehadiran telefon pintar Realme 3 terbaru mereka.

Buat masa ini, ia masih menjadi tanda tanya apakah yang bakal dibawakan oleh telefon pintar dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya oleh Realme. Memandangkan gambar acah untuknya telah mula dipromosikan, maka kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN