Grab Dan Hyundai Dikatakan Ingin Membawa Masuk Kenderaan Elektrik Ke Indonesia

Grab Dan Hyundai Dikatakan Ingin Membawa Masuk Kenderaan Elektrik Ke Indonesia

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Grab boleh dilihat sedang melaburkan banyak wang, teknologi dan perkhidmatan di beberapa negara di rantau ini, termasuklah Singapura dan Indonesia.

Syarikat tersebut, bersama-sama dengan Hyundai baru-baru ini dilihat ingin membawa masuk kenderaan elektrik di Indonesia untuk mengembangkan lagi perkhidmatan seru-pandu mereka di negara tersebut.

Menurut laporan Kr-Asia, Grab baru-baru ini menerima 20 buah kereta elektrik Hyundai Kona dan bakal menerima 180 buah lagi kenderaan tersebut untuk kegunaan perkhidmatan seru-pandu mereka di Singapura. Untuk pengecasan, Grab bekerjasama dengan Singapore Power Group (SP Group) untuk mendapatkan kadar pembayaran pengecasan kenderaan yang lebih murah.

Anthony Tan, CEO Grab baru-baru ini dikatakan telah bertemu dengan Luhut Binsar Pandjaitan, Menteri Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman untuk bukan sahaja membawa masuk kenderaan-kenderaan elektrik untuk kegunaan Grab, tetapi juga untuk membolehkan Hyundai untuk membina kilang pembinaan kenderaan elektrik di Indonesia.

Hyundai ialah salah satu daripada pelabur dibelakang Grab, dan jika urusan ini berjalan lancar, Hyundai berkemungkinan besar boleh menjadi salah satu daripada pengilang terbesar di rantau Asia Tenggara. Buat masa ini, masih tiada berita jika kenderaan-kenderaan elektrik ini akan dibawa masuk ke Malaysia.


TIPS & ULASAN