Imej Pengolokan Samsung Galaxy Fold Tertiris Awal – Konsep Seakan ZTE Axon M?

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Fold Tertiris Awal – Konsep Seakan ZTE Axon M?

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Samsung Galaxy Fold adalah nama yang dikatakan buat peranti boleh lipat dari Samsung. Sejak ia mula diacah oleh wakil Samsung, ramai sangkakan ia adalah konsep seperti beberapa tahun yang lalu – di mana tablet boleh di lipat menjadi telefon dan skrinnya adalah jenis fleksibel.

Kemudian, tersebar di arena web – paten daripada Samsung yang mencadangkan peranti boleh lipat Samsung mungkin akan mirip ZTE Axon M. Iaitu kelihatan seperti dua telefon pintar digabungkan menjadi satu. Terkini, imej pengolokan Samsung Galaxy Fold telah tertiris. Jika ia adalah imej pengolokan rasmi yang tertiris, pasti ramai akan kecewa.

Pertama, peranti ini kelihatan seperti dua peranti yang digabungkan. Kedua, bingkai yang kelihatan sangat tebal dan agak ketinggalan zaman. Di manakah paparan Infinity Flex? Jelas kelihatan ada engsel pada imej ini dan ia langsung tidak kelihatan seperti skrin fleksibel. Turut kelihatan adalah ‘takuk’ atau ruang kamera yang dikelilingi dengan bingkai.

Kita hanya akan tahu kebenaran daripada Samsung tidak lama lagi pada hari pelancaran Samsung Galaxy S10. Kerana Galaxy Fold mungkin akan dilancarkan bersama-sama.


TIPS & ULASAN