Cari @ Amanz

DxOMark hari ini telah menerbitkan skor rakaman gambar dan video untuk telefon mercu Xiaomi terbaru, iaitu Xiaomi Mi 9. Melalui DxOMark, Mi 9 menerima skor sebanyak 107 – sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pada kedudukan ketiga tertinggi berbanding yang lain, dan hanya dibelakang Huawei P20 Pro dan Huawei Mate 20 Pro.

Xiaomi Mi9 DXOMarkSkor ini juga turut memposisikan Xiaomi mendahulu iPhone XS Max dan juga Samsung Galaxy Note 9.

Xiaomi Mi 9 menyertakan tri-kamera belakang yang menawarkan gabungan sensor 48MP utama, sensor telefoto 12MP dan juga sensor rakaman sudut luas 16MP. Ia turut menyertakan kebolehan rakaman video 2160p/30fps bersama-sama dengannya.

Menurut DxO, ia menawarkan rakaman gambar dan autofokus yang sangat pantas, kejituan rakaman apabila menggunakan fungsi zoom, selain kadar hingar yang bawah kawalan ketika rakaman pencahayaan dalam bangunan. Walaubagaimanapun, ia dikatakan menawarkan kawalan had dinamik yang agak terhad.

Untuk rakaman gambar, ia dikatakan menawarkan penstabilan yang baik, selain prestasi autofokus sangat baik. Walaubagaimanapun, ia mempunyai sedikit ghosting.

Xiaomi Mi 9 baru sahaja diumumkan untuk pasaran China, dan dijangka diumumkan untuk pasaran global pada penghujung minggu ini di MWC 2019.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd