Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah pun melancarkan telefon pintar mercu terbaru untuk 2019 ini, iaitu Xiaomi Mi 9. Ia menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik, termasuk spesifikasi berkuasa tinggi.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9 hadir menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.39-inci, dan menggunakan takuk bersaiz kecil pada bahagian tengah peranti. Ia dijana dengan cip Snapdragon 855, dan menawarkan pilihan memori 6GB RAM atau 8GB RAM. Telefon ini turut menggunakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Xiaomi Mi 9

Untuk rakaman gambar, Xiaomi Mi 9 menggunakan tri-kamera belakang. Ia mengabungkan sensor 48-megapixel untuk rakaman utama, sensor 12-megapixel telefoto dan sensor 16-megapixel untuk rakaman sudut luas 117-darjah. Xiaomi turut mengatakan yang mana telefon pintar mereka ini mampu menawarkan sokongan rakaman fotografi 4cm makro melaluinya – lebih baik berbanding pelbagai pengeluar lain di pasaran hari ini. Malah, Xiaomi Mi 9 ini turut menerima skor sebanyak 107 melalui DxOMark, sekaligus mendahului iPhone XS Max dan sejumlah peranti berkuasa yang lain.

Xiaomi Mi 9

Pada telefon pintar ini juga, Xiaomi menyertakan sebuah mod rakaman khusus, dinamakan “Moon Mode” – memfokuskan untuk rakaman gambar jelas dilangit, terutamanya untuk merakamkan gambar bulan dan sebagainya.

Untuk rakaman swafoto pula, Xiaomi Mi 9 menyertakan kamera 20-megapixel yang terletak pada bahagian takuk peranti berkenaan.

Xiaomi Mi 9

Xiaomi Mi 9 turut menyertakan bateri 3300mAh yang boleh dicas pantas dalam masa 60 minit. Selain itu, Xiaomi Mi 9 turut menawarkan sokongan pengecasan nirwayar pada kelajuan 20W bersama dengannya.

Pelbagai ciri-ciri lain turut disertakan pada Mi 9 ini, termasuk sokongan NFC dan IR Blaster untuk mengawal perkakasan elektronik. Xiaomi mengatakan Mi 9 turut menyertakan sokongan audio yang lebih kuat bersama-sama dengannya. Xiaomi turut menyertakan sokongan dinamakan Game Mode yang menawarkan pengoptimasian khusus ketika memainkan permua melalui telefon pintar ini.

Di China, Xiaomi menawarkan Mi 9 versi asas yang hadir dengan 6GB RAM dan 128GB storan pada harga 2999 Yuan, iaitu sekitar RM1814.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd