Cari @ Amanz

Selain memperkenalkan Xiaomi Mi 9, pengeluar dari China berkenaan juga turut hadir dengan penawaran peranti yang sedikit lebih berkuasa, selain rekaan kerangka belakang lutsinar melalui penawaran yang dinamakan Xiaomi Mi 9 “Transparent Edition”.

Xiaomi Mi 9 Transparen Edition

Seperti versi asal, ia hadir dengan sokongan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, dan menawarkan tri-kamera belakang 48-megapixel.

Membezakannya sedikit, selain menggunakan kerangka belakang berbentuk lutsinar dan menjadikan rekaannya lebih menarik, peranti ini juga turut hadir dengan penawaran memori 12GB RAM, selain storan 256GB.

Selain daripada itu, Xiaomi turut mengatakan ia hadir dengan kamera yang dinaik-taraf dengan sokongan bukaan f/1.47 dan lensa kamera 7P.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja, dimana ia membawakan tanda harga 3999 Yuan, sekitar RM2422.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd