Walaupun Apple dan Google adalah pesaing, Google masih lagi baik hati menawarkan aplikasi/perkhidmatan mereka buat pengguna Apple. Antaranya adalah aplikasi Google, Google Photos dan banyak lagi. Terkini, Google telah menambah satu lagi aplikasi untuk pengguna Apple.
Aplikasi kali ini adalah untuk digunakan pada Apple Watch, iaitu Google Keep. Google Keep adalah aplikasi mengambil nota yang agak baik. Ia ringkas, mudah digunakan dan penuh dengan ciri/fungsi menarik. Menariknya, aplikasi ini turut menyokong penegcaman suara – untuk tujuan mengambil nota dengan menggunakan suara.
Bagi yang berminat untuk menggunakan Google Keep pada Apple Watch, anda hanya perlu muat turun Google Keep pada iPhone dan selarikan dengan akaun Google. Ia kemudian akan muncul secara automatik dalam Apple Watch anda.