Australia Akan Menawarkan Nombor Plat Kenderaan Dengan Emoji

Australia Akan Menawarkan Nombor Plat Kenderaan Dengan Emoji

Diterbitkan pada Feb 20, 2019 oleh .

Emoji sedia popular digunakan ramai dalam komunikasi harian pada hari ini. Kini, selain daripada hanya pada peranti mudah-alih, di Australia, emoji turut akan mula digunakan pada nombor plat kenderaan.

Plat Emoji

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ia hanya ditawarkan dengan terhad – menawarkan lima pilihan emoji. Pengguna boleh memilih nombor plat kenderaan dengan emoji pilihan mereka, dan menggunakannya pada kenderaan masing-masing. Penawaran ini adalah lebih kurang sama seperti penggunaan simbol pasukan kenderaan atau logo bandar di Australia.

Di Australia, nombor plat emoji ini akan ditawarkan bermula 1 Mac 2019 kelak, dan pengguna boleh menguji paparan nombor plat bersama emoji melalui laman rasmi PPQ hari ini.

Mungkinkah dengan penggunaan emoji ini, ia akan memudahkan lagi orang ramai mengenal pasti sesuatu kenderaan dengan lebih efektif atau lebih mudah menggunakan angka dan huruf sahaja seperti hari ini? Bagi anda, adakah anda akan berminat sekiranya penawaran sama turut hadir ke Malaysia?


TIPS & ULASAN