Carian
Apple Dilaporkan Merancang Mengabungkan Aplikasi iPhone, iPad Dan Mac Menjelang 2021
February 20, 2019 Aman

Apple sebelum ini telah diperkatakan akan menyatukan aplikasi iPhone, iPad dan Mac – sekaligus memudahkan para pengguna membangunkan aplikasi untuk satu platform, dan bukannya untuk iOS dan MacOS berasingan seperti hari ini.

Menurut laporan Bloomberg, Apple dijangka menyatukan ia menjelang 2021 kelak. Pada tahun ini, Apple dikatakan akan menawarkan pembangun untuk mengubah aplikasi iPad ke Mac dengan mudah melalui kit pembangunan perisian baru. Apple dijangka memperkenalkannya pada WWDC pada pertengahan tahun 2019 ini.

Apple iPad Mac

Lanjutan daripadanya, Apple dijangka menawarkan ciri lebih kurang sama untuk mengubah aplikasi iPhone ke Mac pada 2020. Dan pada 2021 kelak, ia dikatakan pembangun boleh menyatukan aplikasi iPhone, iPad dan Mac dibawah satu penawaran – sekaligus memudahkan pembangunan dan penerbitan di kedai aplikasi Apple.

Bloomberg juga mengatakan Apple hanya merancang untuk menyatukan ekosistem aplikasi sahaja, tetapi dari segi sistem operasi, iOS dan macOS akan terus hadir berasingan.

Sebelum ini, Microsoft turut pernah menawarkan ciri yang lebih kurang sama melalui apa yang dinamakan Universal Windows Platform. Namun, selepas ia diperkenalkan, Microsoft telah memilih untuk menamatkan penawaran Windows Phone. Selain Microsoft, Google sedia menawarkan sokongan aplikasi Android pada Chrome OS.

Komen