Cari @ Amanz

Keluarga Galaxy S10

Tirai diangkat dan empat model Samsung Galaxy S10 telah dilancarkan minggu ini. Samsung Galaxy S10, S10+, S10e Dan S10 5G masing-masing mempunyai saiz skrin berbeza. Ini ialah kali pertama Samsung melancarkan empat peranti mercu secara serentak. Memandangkan terdapat banyak peranti dilancarkan, pasti ada di kalangan pembaca yang mungkin terlepas pandang beberapa fungsi menarik yang telah diperkenalkan bersama peranti Samsung terbaru ini. Untuk anda kami sediakan artikel sepuluh perkara menarik pada model-model terkini Samsung Galaxy S10.

1. Teknologi Skrin Adaptive AMOLED

Samsung Galaxy S10

Sejak Samsung Galaxy S1 dilancarkan sedekad yang lalu, peranti keluarga Galaxy S dilengkapi skrin SAMOLED. Samsung sebagai pelopor skrin yang kini digunakan oleh pengeluar lain seperti Apple, Huawei dan Xiaomi. Dengan Samsung Galaxy S10 mereka akhirnya berubah kepada teknologi dinamakan baharu Adaptive AMOLED. Skrin ini mampu memaparkan kandungan HDR 10+ yang selama ini hanya disokong pada televisyen pintar sahaja. Dengan keterangan tertinggi 1200 nits, kandungan HDR yang ditonton akan kelihatan lebih hidup.

2.Sistem Tri-Kamera Dengan Lensa Ultra Sudut Lebar

Samsung Galaxy S10

Samsung sebelum ini telah bereksperimen dengan tri-kamera pada keluarga peranti siri-A. Pada Samsung Galaxy S10+, perkara berkenaan ditambah-baik, dimana ia hadir dengan tri-kamera yang mengabungkan sensor kamera telefoto 12MP, kamera rakaman sudut luas 12MP, dan kamera rakaman ultra-luas 16MP. Melalui sokongan kamera ini, ia menawarkan sokongan rakaman gambar dan video yang sangat baik, malah disenaraikan oleh DXOMark sebagai telefon pintar dengan skor fotografi yang paling tinggi pada hari ini. Samsung turut mengekalkan penggunaan teknologi kamera Dual Aperture dalam membolehkan rakaman yang cantik pada pelbagai keadaan cahaya berbeza.

3.Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Galaxy S10 Cap Jari

Samsung sebelum ini telah sedia menawarkan sokongan pengimbas mata untuk sekuriti dan nyah-kunci peranti. Kini, Samsung melangkah setapak lagi kehadapan dengan menyertakan sokongan pengimbas cap jari terbina dalam skrin berasaskan ultrasonik. Ini sekaligus membolehkan pengguna mengakses peranti pada pelbagai keadaan cahaya tanpa masalah, walaupun jari anda basah.

Pengimbas cap jari berasaskan ultrasonik ini berfungsi dengan menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej 3D cap jari anda. Ini menawarkan sokongan pengimbas cap jari yang lebih selamat jikalau dibandingkan dengan penawaran pengimbas cap jari berasaskan optikal yang digunakan oleh pengeluar lain dipasaran.

4.Sokongan Pengecasan Niwayar Berbalik

Galaxy S10

Salah satu ciri menarik yang disertakan pada Galaxy S10 adalah sokongan pengecasan nirwayar berbalik. Pengguna boleh mengaktifkan sokongan pengecasan nirwayar ini apabila diperlukan, sekaligus mengecas peranti lain dengan sokongan pengecasan nirwayar Qi. Ini bermakna, anda boleh mengecas peranti lain, selain membantu kawan-kawan anda yang memerlukan tenaga bateri tambahan ketika kecemasan dengan mudah melaluinya.

Anda juga boleh menggunakannya dalam mengecas aksesori seperti Galaxy Buds dan Galaxy Watch Active.

5.Sokongan Rangkaian Generasi Baru – WiFi 6

Samsung Galaxy S10 turut menawarkan sokongan WiFi 6, sekaligus menawarkan sokongan rangkaian yang lebih pantas berbanding generasi sebelum ini. WiFi 6 juga memberikan sokongan keselamatan dan mengelak daripada terjebak ke rangkaian WiFi palsu.

Samsung Galaxy S10 turut menyertakan sokongan rangkaian baru yang membolehkan anda berhubung ke rangkaian WiFi atau LTE dengan lebih pantas. Melalui Samsung Galaxy S10 5G juga, Samsung membawa telefon pintar pertama mereka dengan sokongan rangkaian 5G. Namun, ia tidak akan dipasarkan dikebanyakkan negara kerana sokongan 5G secara komersil masih pada peringkat awal dan terhad lagi.

6.Speaker Berkuasa Dengan Sokongan Dolby Atmos

Galaxy S10 Audio

Telefon pintar pada hari ini turut digunakan untuk menikmati pelbagai jenis media. Dalam hal ini, pembesar suara memainkan peranan yang penting. Galaxy S10 menawarkan sokongan pembesar suara stereo yang dioptimasikan oleh AKG, selain integrasi sokongan Dolby Atmos.

Menggunakannya, pengguna boleh menikmati audio yang lebih baik dan jelas, selain sokongan audio tiga dimensi.

7.Penyejukan Berasaskan Kebuk Wasap Untuk Prestasi Lebih Baik

Galaxy S10 Kebuk Wasap

Pada hari ini, pelbagai pengguna ingin sistem penyejukan pada telefon pintar dalam memastikan penawaran prestasi yang baik untuk masa lama – terutamanya ketika anda memainkan permainan. Galaxy S10+ menyertakan sokongan kebuk wasap untuk sistem penyejukan, sekaligus menawarkan sokongan penggunaan masa yang lama menggunakannya.

8.Sokongan NPU Untuk Pemprosesan Pintar Lebih Pantas

Galaxy S10 NPU

Samsung Galaxy S10 merupakan antara telefon pintar terawal keluaran Samsung yang hadir dengan sokongan NPU (Neural Processing Unit) pada cip pemprosesan mereka. Melaluinya, ia membolehkan pelbagai pemprosesan pintar dilakukan dengan pantas dan lebih efisyen.

Dengan penawaran NPU ini juga, ia menjadikan kamera pada Galaxy S10 lebih pintar dengan mengenal-pasti persekitaran rakaman, dan menjadikan hasil rakaman lebih baik lagi.

9. Kamera UHD Untuk “Stories” Dan Rakaman Swafoto Lebih Baik

Galaxy S10

Kamera hadapan pada siri Galaxy S10 turut menerima penambah-baikkan yang sangat baik – malah disenaraikan sebagai telefon pintar dengan kamera swafoto terbaik dipasaran pada hari ini oleh DXOMark.

Siri Galaxy S10 menyertakan kamera swafoto yang mampu merakamkan video 4K UHD menggunakannya, sekaligus menawarkan hasil rakaman yang cantik untuk perkongsian pada media sosial. Selain itu, Galaxy S10+ turut menyertakan sokongan dwi-kamera hadapan untuk penawaran ciri swafoto artistik melalui fungsi Live Focus.

10.Bateri Bersaiz Besar Untuk Penggunaan Sepanjang Hari

Samsung Galaxy S10 Charge

Samsung Galaxy S10+ turut hadir dengan bateri 4100mAh yang menawarkan sokongan penggunaan sepanjang hari tanpa masalah. Melengkapkan sokongan bateri ini adalah pengecasan pantas, termasuk sokongan pengecasan nirwayar melaluinya. Galaxy S10 juga akan mempelajari kaedah penggunaan anda, dan lebih mengoptimasikan penggunaan bateri, dan menamatkan aplikasi yang anda tidak perlukan.

Galaxy S10 hadir dengan bateri 3400mAh, sementara Galaxy S10e pula hadir dengan bateri 3100mAh.


Samsung Galaxy S10 ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM2699, sekaligus menjadikannya sebagai antara peranti mercu 2019 yang berbaloi untuk dimiliki dengan pelbagai ciri-ciri menarik yang dibawakan olehnya.

Bagi anda sendiri, apakah ciri yang digemari anda pada Galaxy S10? Apakah variasi model yang diminati anda? Adakah Galaxy S10E, Galaxy S10 atau Galaxy S10 Plus?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd