Cari @ Amanz

Samsung hari ini memulakan acara Unpacked mereka dengan memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka yang boleh dilipat, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Fold.

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold hadir dengan skrin 7.3-inci yang mana boleh dilipat menjadi telefon bersaiz 4.6-inci. Ini membolehkan pengguna menggunakannya dalam bentuk tablet atau telefon pintar. Dalam mod tablet juga, pengguna boleh membuka sehingga tiga aplikasi serentak – sekaligus memudahkan lagi proses multi-tugasan.

Samsung Galaxy Fold

Samsung turut mengatakan ia dilengkapi cip 7nm bersama-sama dengannya, selain memori sehingga 12GB RAM. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4380mAh bersama-sama dengannya. Samsung turut menyertakan storan 512GB berasaskan UFS 3.0 bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold

Untuk rakaman gambar, ia turut dilengkapi tri-kamera belakang, dwi-kamera hadapan, dan satu kamera Single Cover, sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam pelbagai mod peranti tanpa ketinggalan sebarang detik penting.

Samsung akan menawarkan telefon pintar ini bermula bulan April di Amerika Syarikat pada harga $1980 iaitu sekitar RM8051.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd