Samsung Memperkenalkan Siri Telefon Galaxy S10 – Tri-Kamera, Swafoto UHD, 1TB Storan, 12GB RAM

Samsung Memperkenalkan Siri Telefon Galaxy S10 – Tri-Kamera, Swafoto UHD, 1TB Storan, 12GB RAM

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Samsung hari ini telah mengadakan acara Unpacked, dan memperkenalkan telefon pintar generasi kesepuluh mereka sejak Galaxy S diperkenalkan, iaitu Samsung Galaxy S10.

Dibawah siri ini, tiga telefon pintar diperkenalkan, iaitu Samsung Galaxy S10+, Samsung Galaxy S10 dan juga Samsung Galaxy S10E.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10E merupakan versi paling asas, hadir dengan skrin 5.8-inci mendatar menggunakan panel AMOLED, dilengkapi cip Exynos 9820, memori 6/8GB RAM dan storan 128/256GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12MP + 16MP, selain kamera hadapan 10-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3100mAh.

Samsung Galaxy S10 pula hadir dengan skrin melengkung 6.1-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM, dan storan dalam pilihan 128GB atau 512GB. Ia turut menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 16MP, selain kamera swafoto 10-megapixel. Galaxy S10 menggunakan bateri 3400mAh bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S10

Dan akhir sekali, Samsung Galaxy S10+ pula hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM atau 12GB RAM, storan dalam pilihan 128GB, 512GB dan 1TB, serta bateri berkapasiti 4100mAh. Ia turut menggunakan kamera seumpama model Galaxy S10, dan dwi-kamera swafoto yang hadir dengan gabungan 10MP dan depth sensor.

Ketiga-tiga model ini hadir dengan sokongan swafoto pada resolusi UHD, sekaligus menjadikannya lebih dioptimasikan untuk perkongsian Stories dan sebagainya. Selain itu, ketiga-tiga turut menawarkan sokongan pengecasan berbalik dan sokongan pengecasan nirwayar.

Galaxy S10

Samsung dijangka berkongsi lanjut penawaran telefon pintar ini untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN