Samsung Galaxy S10 5G Diperkenalkan – Skrin 6.7-inci, Empat-Kamera Belakang, 4500mAh

Samsung Galaxy S10 5G Diperkenalkan – Skrin 6.7-inci, Empat-Kamera Belakang, 4500mAh

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan siri telefon pintar Galaxy S10, pihak Samsung turut mengambil peluang untuk memperkenalkan telefon pintar 5G pertama mereka, iaitu Samsung Galaxy S10 5G.

Galaxy S10 5G hadir membawakan skrin paling besar, iaitu 6.7-inci AMOLED. Ia dilengkapi memori 8GB RAM dan storan 256GB.

Samsung Galaxy S10 5G

Samsung Galaxy S10 5G

Selain saiz skrin, telefon pintar 5G Samsung ini juga turut menawarkan empat-kamera belakang, gabungan 12MP + 12MP + 16MP dan juga kamera 3D depth.

Untuk kamera swafoto juga, Samsung turut menyertakan kamera 10-megapixel bersama-sama sensor 3D depth.

Dengan peranti bersaiz besar, ia turut menawarkan bateri berkapasiti 4500mAh. Ciri seperti pengecasan nirwayar dan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada Galaxy S10+ turut hadir pada telefon pintar ini.

Ia akan ditawarkan di Amerika Syarikat pada suku kedua tahun ini. Kita mungkin tidak akan melihatnya di Malaysia memandangkan syarikat telekomunikasi tempatan masih belum bersedia dengan rangkaian 5G buat masa ini.


TIPS & ULASAN