Carian
Samsung Galaxy S10E Berharga RM2699, Galaxy S10 RM3299, Galaxy S10+ Bermula RM3699
February 21, 2019 Aman

Samsung Malaysia hari ini telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar Samsung Galaxy S10 untuk pasaran tempatan, sekaligus mengumumkan harga jualan rasminya untuk pasaran tempatan.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10E akan ditawarkan pada harga RM2699, sementara Samsung Galaxy S10 pula akan ditawarkan pada harga RM3299.

Samsung Galaxy S10E merupakan versi paling asas, hadir dengan skrin 5.8-inci mendatar menggunakan panel AMOLED, dilengkapi cip Exynos 9820, memori 6/8GB RAM dan storan 128/256GB. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang 12MP + 16MP, selain kamera hadapan 10-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 3100mAh.

Samsung Galaxy S10 pula hadir dengan skrin melengkung 6.1-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM, dan storan dalam pilihan 128GB atau 512GB. Ia turut menggunakan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 16MP, selain kamera swafoto 10-megapixel. Galaxy S10 menggunakan bateri 3400mAh bersama-sama dengannya.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10+ pula akan ditawarkan pada harga RM3699 untuk versi 128GB, sementara versi 512GB pula akan dijual pada harga RM4599.

Samsung Galaxy S10+ pula hadir dengan skrin 6.4-inci AMOLED, dijana cip Exynos 9820, memori 8GB RAM atau 12GB RAM, storan dalam pilihan 128GB, 512GB dan 1TB, serta bateri berkapasiti 4100mAh. Ia turut menggunakan kamera seumpama model Galaxy S10, dan dwi-kamera swafoto yang hadir dengan gabungan 10MP dan depth sensor.

Samsung akan memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar ini bermula 22 Februari 2019 ini hingga 28 Februari kelak, dimana pra-tempahan akan turut hadir dengan beberapa penawaran tambahan.


Pra-tempahan Samsung Galaxy S10e akan menerima Galaxy Buds dan pelindung skrin bernilai RM639. Pra-tempahan Galaxy S10 dan Galaxy S10+ (128GB) akan menerima Galaxy Tab A 7.0, Galaxy Buds dan juga pelindung skrin. Sementara bagi pengguna yang membuat pra-tempahan Galaxy S10+ (512GB) pula akan menerima Galaxy Watch 42mm dan juga pelindung skrin.

Galaxy S10 Preorder Malaysia

Komen