Samsung Memperkenalkan Fon Telinga Nirwayar – Galaxy Buds

Samsung Memperkenalkan Fon Telinga Nirwayar – Galaxy Buds

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan telefon pintar baru, Samsung turut mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa aksesori dibawah keluarga Galaxy. Yang mencuri perhatian ramai adalah Galaxy Buds, iaitu fon telinga nirwayar.

Samsung Galaxy Buds

Galaxy Buds berhubung ke peranti secara nirwayar melalui Bluetooth. Samsung mengatakan ia menawarkan masa penggunaan selama 6 jam, selain turut menyertakan sokongan Bixby untuk mengawal sejumlah perkara melalui arahan berasaskan suara.

Samsung Galaxy Buds

Menariknya, Galaxy Buds turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar – dimana anda boleh melakukannya dengan mudah melalui ciri pengecasan berbalik pada Galaxy S10.


Samsung turut mengatakan sokongan mikrofon pada Galaxy Buds adalah baik dan boleh mengenal-pasti suara dengan baik walaupun pada keadaan persekitaran yang bising.

Buat masa ini, harga jualan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka kurang daripada RM700.


TIPS & ULASAN