Samsung Galaxy S10 Menyertakan Mod “Instagram” Pada Kamera Secara Terbina

Samsung Galaxy S10 Menyertakan Mod “Instagram” Pada Kamera Secara Terbina

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan Samsung Galaxy S10, pihak Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan sejumlah pihak, termasuk Instagram. Melalui kerjasama yang diumumkan, Samsung akan menyertakan mod “Instagram” terus pada aplikasi kamera Galaxy S10 secara terbina.

Mod Instagram

Mod Instagram ini boleh dipilih pada bahagian tetapan kamera Samsung, dimana ia akan membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar dan terus memuat-naiknya serta merta ke Instagram Stories. Seperti biasa, pengguna turut boleh membuat suntingan seperti menambah pelekat dan teks sebelum berkongsinya.

Langkah ini mungkin juga selari dengan populariti perkongsian Stories yang semakin meningkat popular, selain penyertaan kamera 10-megapixel dihadapan dengan kemampuan rakaman video UHD padanya.

Bersama-sama pengumuman kerjasama ini juga, Samsung mengatakan mereka kini membuka SDK mereka kepada para pembangun, dan boleh mengintegrasikan kamera bersama-sama aplikasi masing-masing dengan lebih mendalam.


TIPS & ULASAN