Samsung Telah Menjual Lebih 2 Bilion Telefon Dibawah Keluarga Galaxy Sehingga Hari Ini

Samsung Telah Menjual Lebih 2 Bilion Telefon Dibawah Keluarga Galaxy Sehingga Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .


Samsung hari ini menyambut ulang-tahun ke-10 siri Galaxy S dengan memperkenalkan telefon pintar Galaxy S10. Ketika pengumumannya, Samsung turut berkongsi mengatakan mereka telah menjual lebih 2 bilion peranti Galaxy di seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Samsung Galaxy Billion

Hal ini boleh dikatakan salah satu pencapaian yang baik untuk Samsung – selain memperlihatkan kekuatan jenama mereka dalam arena telefon pintar. Samsung juga masih kekal sebagai pengeluar peranti nombor satu dunia sehingga ke hari ini.

Samsung sebelum ini telah hadir dengan pelbagai variasi peranti dibawah keluarga Galaxy, sebelum mula menyusunnya dibawah keluarga siri Galaxy S, Galaxy A, Galaxy Note dan Galaxy J pada tahun lepas. Kini, pada tahun ini, mereka turut menerajui arena telefon pintar, dan memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka dinamakan Galaxy Fold.

Bagi anda sendiri, pernahkah anda menggunakan peranti Samsung? Apakah telefon Samsung Galaxy pertama yang pernah anda gunakan?


TIPS & ULASAN