Samsung Galaxy S10 Membolehkan Anda Menggunakan Butang Bixby Untuk Mengakses Aplikasi Lain

Samsung Galaxy S10 Membolehkan Anda Menggunakan Butang Bixby Untuk Mengakses Aplikasi Lain

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Samsung sedia menyertakan butang fizikal pada telefon pintar mereka bagi membolehkan pengguna mengakses Bixby dengan mudah. Walaupun ia memudahkan, namun tidak begitu diminati kerana Bixby tidak begitu menyokong pelbagai bahasa, dan penawarannya terhad ketika pengenalan dulu. Hal ini membuatkan ramai yang meminta untuk membolehkan butang berkenaan diubah bagi mengakses ciri lain.

Samsung Galaxy S10

Melalui Galaxy S10, Samsung mendengar perkara berkenaan, dan kini mereka membolehkan butang Bixby digunakan untuk mengakses aplikasi lain.

Pada halaman tetapan “Bixby Key“, Samsung membolehkan pengguna untuk membuat perubahan tetapan apabila menekan butang berkenaan sekali dan juga dua kali.

Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan butang Bixby untuk mengakses ciri-ciri atau fungsi lain seperti mengakses kamera, Google, Instagram, dan sebagainya.


TIPS & ULASAN