Xiaomi Mi 6 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Xiaomi Mi 6 Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Android Pie

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Xiaomi Mi 6 adalah peranti mercu Xiaomi pada tahun 2017. Tahun ini, peranti ini sudah pun berusia 2 tahun. Peranti ini juga merupakan peranti terawal yang menyokong MIUI 10, tetapi ia berdasarkan Android Oreo sahaja. Terkini, Xiaomi mungkin tidak akan memberi kemaskini Android Pie kepada peranti ini.

Xiaomi Mi 6

Alasan Xiaomi adalah, peranti ini sudah pun menjalankan MIUI 10 dan hampir kesemua ciri Android Pie sudah pun diimplementasikan dalam versi MIUI ini. Jurutera Xiaomi menjelaskan, jika MIUI 10 Android Pie diberikan pada Mi 6 – tidak akan ada beza dari segi pengalaman penggunaan dan dengan tidak membangunkan MIUI 10 Android Pie pada Mi 6, mereka boleh menghabiskan masa tersebut untuk membuat kerja-kerja lain.

Akan tetapi, jika pengguna boleh berikan alasan munasabah kenapa Android Pie MUI 10 akan lebih baik dari Android Oreo MIUI 10 – jurutera Xiaomi akan pertimbangkan untuk bangunkan Android Pie MIUI untuk Xiaomi Mi 6.


TIPS & ULASAN