Carian
Skeptikal Dengan Facebook? Akses Lokasi Kini Boleh Dimatikan
February 21, 2019 Fahim Zahar

Facebook pada tahun lepas terlibat dengan banyak skandal berkaitan dengan sekuriti dan privasi pengguna. Skandal ini menyebabkan ramai pengguna berasa tidak selamat dan ada juga yang terus berhenti menggunakannya.

Terkini, bagi mereka yang skeptikan terhadap Facebook – akses lokasi boleh dimatikan. Jika sebelum ini anda tidak benarkan Facebook mengakses lokasi melalui tetapan pada Android, percaya atau tidak dengan sambungan Internet – Facebook masih boleh menjejak lagi lokasi dan mengakses lokasi anda. Tetapi, dengan kemaskini baru – akses lokasi ini boleh dimatikan secara terus dalam aplikasi Facebook.

Kemaskini ini hadir pada kedua platform iOS dan Android. Bagi yang terasa diri mereka terancam dengan Facebook yang sering menjejaki anda – matikan sahaja akses lokasi ini dan gunakan Facebook tanpa lokasi anda diketahui.

Komen