Cari @ Amanz

Sejak HMD Global memegang hak untuk menghasilkan dan menjual telefon pintar Nokia, banyak model telah diperkenalkan. Apa yang menarik adalah, ia menggunakan Android asli tersendiri dan juga Android One.

Nokia 6 (2017) hadir di pasaran Malaysia pada bulan Julai 2017. Ketika dilancarkan ia dijual pada RM999 dan menjalankan Android 7.1.1 Nougat. Kini, dua tahun telah berlalu dan Nokia yang berjanji akan beri kemaskini kepada peranti mereka selama dua tahun ditunaikan. Hari ini, Nokia 6 (2017) menerima kemaskini Android Pie.

Nokia 6 (2017) dijana dengan Snapdragon 430 yang dipadankan dengan memori 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kamera pula adalah 16MP dan 8MP. Bagi pembaca Amanz yang memiliki peranti ini, boleh semak peranti anda untuk kemaksini peranti anda ke Android Pie.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd