Oppo F11 Pro Tertiris Dalam Satu Video – Kamera Swafoto Periskop Dan Skrin Menyeluruh

Oppo F11 Pro Tertiris Dalam Satu Video – Kamera Swafoto Periskop Dan Skrin Menyeluruh

Diterbitkan pada Feb 21, 2019 oleh .

Pada awal bulan Februari, imej pengolokan Oppo F11 Pro telah tertiris. Ia memperlihatkan rekaan seakan Vivo V15 Pro dan turut disahkan akan mempunyai kamera swafoto periskop. Selain itu, Oppo F11 Pro turut dikatakan mempunyai lensa 48-Megapixel.

Hari ini, satu video telah tertiris di arena web memperlihatkan peranti Oppo F11 Pro ini. Secara keseluruhan ia kelihatan seperti Vivo V15 Pro yang kameranya diubah posisi ke tengah. Kali terakhir kita lihat peranti Oppo dengan rekaan skrin menyeluruh tanpa takuk adalah Oppo Find X, iaitu peranti mercu.

Kini melalui Oppo F11 Pro, peminat Oppo kelak boleh merasai sebuah peranti kelas pertengahan dengan ciri-ciri seakan peranti mercu. Semestinya harganya akan lebih murah dari peranti mercu Oppo.


TIPS & ULASAN