Carian
Touch ‘n Go Menawarkan Rebat 20% Untuk Tol Terpilih Bagi Pembayaran Menggunakan “Pay Direct””
February 21, 2019 Aman

Touch ‘n Go sebelum ini telah memperkenalkan sokongan “Pay Direct” melalui dompet digital TNG eWallet – dimana ia membolehkan pengguna pautkan kad Touch ‘n Go fizikal ke aplikasi dompet digital berkenaan, dan pembayaran akan menolak baki pada dompet digital terlebih dahulu sebelum baki pada kad.

Ciri ini dinamakan sebagai “Pay Direct”, dan telah diaktifkan pada plaza tol beberapa lebuhraya di Lembah Klang – iaitu di lebuhraya DUKE, LKSA dan juga SMART.

TnG DUKE

Kini, dalam usaha mempromosikan penggunaan Pay Direct, pihak TNG turut hadir dengan promosi rebat sebanyak 20% untuk pembayaran tol terpilih berkenaan apabila pengguna menggunakan sokongan Pay Direct ini. Seperti biasa, anda diboleh pautkan kad fizikal TNG ke aplikasi dompet digital, dan menikmati rebat ini apabila menyentuh kad fizikal berkenaan pada plaza tol.

TNG Rebat Tol

Promosi ini diterhadkan penggunaan sebanyak 10 kali oleh setiap pengguna. Selain itu, had maksima pembayaran tol yang akan menerima rebat adalah untuk pembayaran tol bernilai RM3, dan pengguna akan menerima rebat maksima 60 sen.

Bagi anda yang sering menggunakan plaza tol DUKE, LKSA dan SMART, mungkin boleh menggunakan sokongan Pay Direct ini dan berjimat dalam pembayaran tol anda.

Komen