Samsung Galaxy S10 Hadir Dengan Sokongan “Digital Wellbeing” Untuk Mengawal Penggunaan Peranti Anda

Samsung Galaxy S10 Hadir Dengan Sokongan “Digital Wellbeing” Untuk Mengawal Penggunaan Peranti Anda

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Google melalui Android Pie telah memperkenalkan sebuah ciri baru yang dinamakan “Digital Wellbeing“. Melaluinya, Google membantu anda memantau dan mengawal penggunaan peranti seharian. Pada awalnya, ia hanya ditawarkan untuk telefon pintar berasaskan Android One, selain telefon Pixel sahaja. Kini, ia berubah, apabila Samsung menjadi pengeluar pertama luar Pixel dan Android One yang mengintegrasikan sokongan berkenaan pada telefon pintar Galaxy S10 mereka.

Galaxy S10 Digital Wellbeing

Dengan adanya ciri Digital Wellbeing ini, ia membolehkan anda memantau berapa lama anda menghabiskan masa pada peranti, dan apakah aplikasi yang sering dibuka dan masa yang dihabiskan padanya. Ia juga menyertakan fungsi dinamakan “Wind Down” yang akan mengubah skrin ke hitam-putih atau menghalang notifikasi – sesuai apabila anda hendak tidur.

Galaxy S10 Digital Wellbeing

Ciri ini hadir terbina pada Galaxy S10, sekaligus akan memudahkan lagi para pengguna telefon Samsung ini menguruskan masa dan penggunaan peranti dengan lebih efisien. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti Samsung lain akan menerima ciri lebih kurang sama.


TIPS & ULASAN