Huawei Mengacah Telefon Boleh-Lipat – Bakal Diperkenalkan Dalam Beberapa Hari

Huawei Mengacah Telefon Boleh-Lipat – Bakal Diperkenalkan Dalam Beberapa Hari

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Sejak beberapa bulan lepas, kita telah mendengar pelbagai pengeluar bersaing antara satu sama lain dalam memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka. Kini, dengan Samsung yang memperkenalkan Galaxy Fold secara rasminya, Huawei turut tidak ingin ketinggalan dan telah mula mengacah telefon boleh-lipat mereka tersendiri.

Melalui video acah ini, ia memperlihatkan secara kasar bahagian yang boleh dilipat berkenaan. Mengikut apa yang dikongsikan sebelum ini, Huawei dijangka menyertakan sokongan 5G bersama-sama dengannya.

Dengan kehadiran promosi ini juga, semestinya menjadi tanda tanya bilakah Huawei akan memasarkannya kepada umum. Mungkinkah mereka boleh memasarkannya sebelum pihak Samsung yang menjadualkannya pada April kelak?



Paling Popular