Google One Kini Di Malaysia – Langganan Storan Awan Google Dengan Lebih Faedah

Google One Kini Di Malaysia – Langganan Storan Awan Google Dengan Lebih Faedah

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Tahun lepas, Google melancarkan Google One. Ia adalah langganan perkhidmatan storan awan Google dengan lebih faedah. Ketika ia dilancarkan, ia hanya terhad buat pengguna di Amerika Syarikat. Kini, setelah sembilan bulan berlalu – Google One kini hadir di Malaysia.

Antara faedah menarik hadir pada Google One berbanding Google Drive adalah berkongsi kuota storan awan dengan 5 ahli keluarga atau individu tanpa caj tambahan. Ini bermakna, satu harga bersamaan lima pengguna. Google turut menawarkan diskaun tempahan hotel sehingga 40%, tetapi dari apa yang kami cuba – harga hotel yang Google tawarkan masih lagi harga pasaran.

Kuota storan awan yang ditawarkan adalah dari 100GB sehingga 30TB. Harga pula boleh dibayar secara bulanan atau tahunan, bermula dari RM8.49 sebulan – RM1289.99 sebulan atau RM84.99 setahun – RM429.99 setahun. Bayaran tahunan terhad kepada kuota 100GB – 2TB sahaja. Storan 10TB sehingga 30TB wajib bayar secara bulanan.

Jika anda pengguna Google Drive lama, anda akan perasan penawaran 1TB sudah tiada. Ini kerana, Google gantikan 1TB dengan 2TB pada harga sama dan mereka yang sudah melanggan 1TB akan dinaiktaraf kepada 2TB. Pengguna percuma atau pengguna baru masih lagi akan terima storan 15GB. Pengguna juga akan dapat akses perkhidmatan pelanggan Google Expert untuk bantuan. Bantuan ini termasuk Google membuat panggilan telefon kepada anda, jika anda meminta bantuan.

Semak emel anda untuk ketahui jika anda sudah boleh gunakan Google One atau muat turun aplikasi Google One di Play Store untuk ketahui anda layak atau tidak. Ini adalah kerana, Google One hadir secara berperingkat – negara demi negara dan dan pengguna demi pengguna.

Layari Google One Untuk Semak Kelayakan


TIPS & ULASAN