DXOMark – Samsung Galaxy S10 Plus Menerima Skor Tertinggi Untuk Kamera Belakang Dan Swafoto

DXOMark – Samsung Galaxy S10 Plus Menerima Skor Tertinggi Untuk Kamera Belakang Dan Swafoto

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

DXOMark sedia terkenal dengan penawaran skor untuk rakaman gambar dan video pada peranti mudah-alih. Terkini, mereka telah mengeluarkan skor untuk telefon pintar Samsung terkini, iaitu Samsung Galaxy S10 Plus.

DXOMark Galaxy S10 PlusDaripada skor yang dikeluarkan, Galaxy S10 Plus menerima skor keseluruhan tertinggi untuk kamera belakang iaitu 109 – sama taraf dengan Huawei Mate 20 Pro. Selain itu, menariknya Samsung Galaxy S10 Plus juga turut menerajui dalam penawaran kamera swafoto dengan skor sebanyak 96.

DXOMark mengatakan ia menawarkan kadar hinggar (noise) yang rendah pada rakaman persekitaran gelap, kesan bokeh yang realistik, dan rakaman gambar yang sangat cantik. Walaubagaimanapun, ia dikatakan kurang ketajaman dalam rakaman beberapa keadaan. Untuk rakaman video pula, Galaxy S10 Plus menawarkan sokongan autofokus yang pantas dan penstabilan yang efektif. Namun, dikatakan ia turut hadir dengan kesan hinggar luminance pada pelbagai keadaan.

Dengan penawaran kamera yang baik ini, pada bahagian dan belakang, ia semestinya akan menjadi pilihan ramai pengguna – terutamanya yang memfokuskan rakaman gambar. Di Malaysia, Galaxy S10 Plus ditawarkan pada harga bermula RM3699.


TIPS & ULASAN