Tiada Lagi Peranti Mercu Sony Xperia XZ – Xperia 1 Adalah Pengganti

Tiada Lagi Peranti Mercu Sony Xperia XZ – Xperia 1 Adalah Pengganti

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Telefon pintar Sony tidak lagi popular seperti zaman Sony Xperia Z3. Selepas siri Z, mereka gantikan peranti mercu mereka dengan siri XZ dan yang terkini adalah XZ4. Seperti yang tertiris sebelum ini, XZ4 akan hadir dengan tri-kamera, di mana salah satu lensanya adalah 52-Megapixel dan skrin pula adalah paparan dengan nisbah 21:9.

Baru-baru ini, Sony dilihat tidak akan melancarkan Sony Xperia XZ4. Tetapi mungkin akan melancarkan Sony Xperia 1, sebagai pengganti kepada siri XZ. Ini bermakna, Sony menukar siri peranti mercu mereka sekali lagi. Khabar angin mengatakan, Xperia 1 akan dijana dengan Snapdragon 855, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Bersama-sama dengan nama baru ini, peniris terkenal turut memperlihatkan imej pengolokan Sony Xperia 1 ini dengan penuh. Ia kelihatan unik dan agak menawan, kerana Sony tidak ‘meniru’ mana-mana pesaing tetapi kekal dengan rekaan sendiri. Cuma, klise Sony adalah ‘dahi’ dan ‘dagu’ pada peranti pasti kekal – cuma pada Xperia 1 ia akan sedikit lebih nipis.

Sebelum ini, Xperia XA3 diubah kepada Xperia 10. Apa lagi kejutan dari Sony kelak? Peranti ini akan dilancarkan di acara MWC Barcelona 2019. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN