Maxis eSIM Untuk iPhone Akan Ditawarkan Bermula 25 Februari – Sokongan Dwi-SIM Pada iPhone

Maxis eSIM Untuk iPhone Akan Ditawarkan Bermula 25 Februari – Sokongan Dwi-SIM Pada iPhone

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Maxis hari ini telah mula menghantar emel promosi, mengatakan yang mana pengguna iPhone boleh mula menggunakan sokongan eSIM pada telefon pintar iPhone XR, iPhone XS dan juga iPhone XS Max bermula 25 Februari 2019 kelak.

Maxis eSIM iPhone

Seperti ramai sedia maklum, melalui eSIM, ia menggunakan sokongan secara maya dalam menambah talian pada telefon pintar pengguna. Dengan sokongan eSIM pada iPhone, ia sekaligus membolehkan anda menggunakan dwi-talian pada telefon pintar anda.

Pengguna yang berminat boleh ke kedai Maxis seluruh negara dalam menambah sokongan Maxis eSIM pada iPhone mereka bermula 25 Februari ini. Mungkin kita mendengar lanjut mengenai penawaran ini daripada pihak Maxis dalam masa beberapa hari lagi.

Terima kasih Johan untuk tips.


TIPS & ULASAN