Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah membuka pra-tempahan untuk Samsung Galaxy S10, membolehkan pengguna yang berminat membuat pra-tempahan dan mendapatkan telefon pintar tersebut lebih awal berbanding yang lain.

Pra-tempahan telah dibuka sejak daripada 10 pagi ini, dimana pengguna boleh pra-tempah Galaxy S10E, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10+ melalui laman Samsung dan juga sejumlah rakan kerjasama mereka.

Samsung Galaxy S10E ditawarkan pada harga RM2699, sementara Galaxy S10 pada harga RM3299, Galaxy S10+ (128GB) pada harga RM3699 dan Galaxy S10+ (512GB) pada harga RM4599.

Galaxy S10 Habis Dijual

Pengenalan Galaxy S10 ini dilihat menerima permintaan yang sangat tinggi dikalangan pengguna tempatan. Walaupun dibuka untuk sepanjang minggu, tetapi unit pra-tempahan kini dilihat sangat laris.


Malah, menurut Samsung Malaysia, Galaxy S10+ versi 512GB yang hadir dalam pilihan warna Ceramic White dan Ceramic Black telah pun habis dipra-tempah.

Dengan kadar ini, tidak mustahil kita melihat penawaran model yang lain turut habis terjual dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd