Redmi Note 7 Pro Akan Dilancarkan Minggu Hadapan – Lensa 48MP Yang Sama Dengan Mi 9

Redmi Note 7 Pro Akan Dilancarkan Minggu Hadapan – Lensa 48MP Yang Sama Dengan Mi 9

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Redmi Note 7 adalah peranti pertama dari sub-jenama Xiaomi, Redmi. Ia adalah peranti Redmi pertama dengan USB-C, bahan binaan kaca, Android Pie dan juga peranti Xiaomi pertama dengan lensa 48-Megapixel.

Sejak Redmi Note 7 dilancarkan, ura-ura mengenai Redmi Note 7 Pro turut kedengaran. Terkini, CEO Redmi – Lu Weibing telah terbit gambar di Weibo yang memberitahu Redmi Note 7 Pro akan dilancarkan pada minggu hadapan. Dari gambar yang diterbitkan, ia mengesahkan peranti ini akan menggunakan kamera 48-Megapixel daripada Sony – IMX586. Ia adalah sensor yang sama digunakan pada Xiaomi Mi 9/Mi 9 SE.

Ura-ura lain mengenai peranti ini adalah, ia akan dijana dengan cip Snapdagon 675. Yang mana adalah lebih berkuasa dari Redmi Note 7 yang menggunakan Snapdragon 660. Ia juga mungkin akan menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin. Sama-sama kita nantikan pelancarannya minggu hadapan, 28 Februari 2019.


TIPS & ULASAN