Realme 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 4 Mac

Realme 3 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 4 Mac

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Realme telah sedia hadir dengan beberapa gambar acah untuk telefon pintar akan datang mereka, Realme 3. Kini, mereka turut mengambil langkah untuk mengumumkan tarikh pelancarannya, dimana ia akan berlangsung dua minggu lagi, pada 4 Mac 2019 kelak.

Realme 3

Mengikut beberapa laporan awal, ia dikatakan akan hadir dengan Helio P60 bersama-sama dengannya. Spesifikasi lain masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Menariknya, pihak Realme Malaysia turut telah mula mengacah yang mana mereka akan membawa masuk Realme 3 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut pengenalan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi selepas pelancaran rasmi Realme 3 ini pada 4 Mac kelak.


TIPS & ULASAN