Sokongan Pemetaan Semula Butang Bixby Ke Aplikasi Lain Akan Diperluaskan Ke Peranti Samsung Lain

Sokongan Pemetaan Semula Butang Bixby Ke Aplikasi Lain Akan Diperluaskan Ke Peranti Samsung Lain

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Pada Samsung Galaxy S10, pihak Samsung akhirnya telah menawarkan sokongan pemetaan semula butang Bixby fizikal, dimana pengguna boleh menetapkannya untuk mengakses aplikasi kegemaran atau pintasan lain dengan mudah – dan tidak terhad hanya untuk fungsi Bixby semata-mata.

Butang Bixby

Kini, lanjutan daripadanya, pihak Samsung turut mengatakan mereka akan memperluaskan sokongan pemetaan sama untuk peranti Samsung lain tidak lama lagi.

Samsung mengatakan sokongan ini akan diperkenalkan melalui kemaskini perisian untuk peranti Samsung dengan butang Bixby dan menjalankan Android Pie.


TIPS & ULASAN